Dilemaaa

8:38 AM

Assalamualaikum !

Dah dua bulan cuti, mak aku cakap aku dah macam orang penan ? at first aku macam blur blur, penan ? Sekali google terus hati retak seribu. Sampai hati haha ! Bosan sangat sebab tak buat papepun dekat rumah,rutin harian sama je setiap hari bermula dgn basuh kain berakhir dgn angkat kain. Semua jenis movie,drama aku tengok. Aku yang tak minat korean drama dah jadi ketagih sebab tertengok pastu tersuka.Ni semua aina punya pasal ! dia yang suka suggest drama best best. Mostly drama yang dia suggest aku tak tengok pun sebab malas. Tengok drama pun malas acanerr tu.

Cuti ni pun tak buat apa sangat selain kemas rumah. Cuma time cuti ni aku selalu sangat tidur lewat. Bukan buat apa, memang tak boleh tidur awal. Selalu tidur pukul 3,4. Lepastu bangun lewat gila sampai pernah pukul 1 baru bangun haa teruk tak teruk.Yela nak buat ape jewrrrrr dekat rumah ni. Tahap bosan aku sampai aku pernah minta izin mak aku nak jadi ejen jual lipstick hahaha. Atleast ada kerja nak buat tapi mak tak bagi padan muka. Mereput jela dekat rumah.

Okay so, hari yang dinantikan iaitu hari keluar result telah berakhir dua hari lepas. Dinantikan lah sangat aku berdoa hari hari agar dilambatkan hari tersebut sebab takuat nak hadap result teruk. Subjek yang aku paling takut science. Kalau science ni aku harap lulus dah bersyukur dah. Takut gila kalau gagal so aku tak boleh nak amik aliran sains yang diidamkan. Diidamkan sangat -_-

Alhamdulillah result yang tidak mengecewakan dan mampu buat mama abah saya bangga teeeheee


Tidak la straights A, tapi alhamdulillah syukur sangat sangat lulus. Matematik paling tak sangka ! Sebab trial dapat D. Matematik ni last minute baru tahu best and fun haha ! Bila tengok soalan susah lepastu dapat solvekan tu rasa happy gila. Science tu ehem. Memang trial dapat c tak pernah gerak ke B. Bak kata orang tu, memang dia suka duduk situ kot hihi.KH tu aku tak sangka dapat B ! Sebab time buat rasa senang jeee ee overconfident ! Aku rasa aku slack dekat akaun. Maybe semua salah dkt situ sbb tak hafal formula haa padan muka.

English tu, hmmmm aku rasa best je essay aku tu haha. Maybe salah penggunaan ayat and grammar. Bab grammar aku memang terabur. Aku rasa sebab aku tak buat latihan pasal essay. Aku buat pun sebab cikgu suruh, tak pernah buat sebab mmg nak praktis.Gila malas en.

Apapun result dah dapat, dah jadi ex candidate dah pun ! Jom moveon untuk spm lagi dua tahun. Still dilema nak sains ke akaun. Tahu en kh b tu sebab akaun, kiranya akaun ni memang tak sebati dengan aku even dah dua tahun belajar. Nak science ! Tapi dengar susah pula. Tak boleh nak dengar cakap orang gak en. Kalau usaha takdela susah.Bio je lain. Fizik kimia dak akaun pun ambil. Tengah nak buat solat istikharah , takut tersalah pilih, tak kena dengan diri. Macam mana nak survive untuk SPM.

Tapi memang cita cita dari dulu nak jadi doktor. Doktor bedah. Sebab aku suka tengok benda dalam badan. Suka gila tengok video orang bersalin dkt perut tu, surgery buang batu karang, betulkan tulang. Benda tu mcm fun bagi aku.Tu cita cita. Tapi tengoklah aku ni, sains pun c haha ! Sebab tu aku tak tau mcm mana. Dalam dilema ni haha. Lagi dua minggu lepastu dh start sekolah ;)

haa ngantuk. tidur dulu ! Assalamualaikum

You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Popular Posts